Monday, March 9, 2009

APAKAH AROMATERAPI


AROMATERAPI merujuk kepada terapi menggunakan aroma. Lazimnya, penghasilan minyak aromaterapi adalah melalui gabungan minyak pati asli daripada tumbuhan melalui proses ekstrak penyulingan.

Bagi menghasilkan minyak urut aromaterapi pula adalah melalui gabungan minyak pati asli dengan carrier oil atau juga dipanggil minyak pembawa yang mana sifat minyak itu mestilah tidak meruap, mudah menyerap pada kulit serta tidak mempunyai bau. Contoh minyak pembawa yang baik adalah grapseed atau sweet almond.

Minyak pati asli boleh digabungkan mengikut sukatan tertentu untuk menghasilkan kesan baik kepada manusia antaranya untuk tujuan anti tekanan ataupun menjadi pewangi kepada bilik. Minyak pati juga boleh ditambah beberapa titik ke dalam tab mandi untuk tujuan menambah kesegaran dan ketenangan ketika mandi.

Minyak urut aromaterapi pula boleh digunakan untuk rawatan tertentu seperti rawatan ketika mengandung, rawatan sukar bersalin, rawatan selepas bersalin dan seperti sakit belakang dan rawatan untuk bayi dan kanak-kanak.

Bagi ibu mengandung yang mempunyai masalah seperti sakit belakang dan sengal-sengal sendi boleh menggunakan rawatan aromaterapi sebagai jalan penyelesaiannya. Berikut adalah kombinasi minyak patu yang sesuai untuk tujuan rawatan berkenaan:

2 titik roman chamimile
1 titik geranium
1 titik lavenderatau
1 titik frankicense
1 titik halia
1 titik mawar

Dilarutkan ke dalam 10 ml minyak pembawa. Kombinasi ini dapat membantu mengurangkan masalah sakit belakang ketika mengandung dan kaedah yang dilakukan adalah melalui urutan bahagian belakang badan.
Rawatan aromaterapi bagi merawat masalah kelesuan berterusan ketika mengandung pula adalah mengikut kombinasi campuran pati berikut:

2 titik bergamot
2 titik geranium
2 titik lemonatau
2 titik grapefruit
2 titik limau
2 titik neroli

Bahan dilarutkan ke dalam 10 ml minyak pembawa seperti minyak almond sweet. Kombinasi ini dipercayai dapat membantu mengembalikan kesegaran dan ketenangan kepada ibu mengandung yang mempunyai masalah kelesuan berterusan supaya dapat terus melakukan aktiviti seharian.
Secara umumnya, rawatan menggunakan aromaterapi mempunyai banyak kebaikan terutama untuk tujuan masalah tertentu kepada manusia. Selain itu, rawatan ini adalah selamat dan semula jadi kerana tidak memerlukan pesakit mendapatkan suntikan mahupun pembedahan.

Dipetik dari Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment